KUALA LUMPUR 18 Julai - Syarikat agromakanan digital pertama Johor Corporation (JCorp), FarmByte Sdn Bhd, memanfaatkan rumusan awan termaju, pembelajaran mesin (ML) dan kecerdasan buatan (AI) daripada Amazon Web Services (AWS) bagi merevolusikan sektor agromakanan di Malaysia selain meningkatkan taraf hidup petani.
Menerusi penggunaan perkhidmatan Awan AWS, FarmByte menyasarkan untuk menambah lagi infrastruktur digitalnya dan pendekatan dipacu data kepada pertanian dengan menawarkan rumusan serta cerapan pemantauan tanaman yang komprehensif kepada petani, termasuk maklumat cuaca serta aplikasi kadar baja dan racun perosak.
Maklumat yang disediakan melalui aplikasi FarmByte, membolehkan petani merancang dan mengoptimumkan sumber bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.
FarmByte memanfaatkan kemudahan infrastruktur Awan AWS sebagai sumber data dan aplikasi yang berskala manakala AWS Data Exchange adalah bagi perkongsian data selamat dengan rakan kongsi, dan Katalog Data Amazon S3 serta AWS Glue untuk penyimpanan serta pengurusan data yang selamat.
Dengan membina dan menggunakan data besar di AWS, FarmByte kini boleh menjalankan analisis komprehensif dan menjana cerapan bagi menyedeikan Analitik Harga Tanaman, Ramalan Permintaan dan penjadualan Rantaian Bekalan.
Menerusi perkhidmatan pengagregatan dan pengurusan data perintis AWS, FarmByte dapat mengasingkan data daripada pelbagai sumber dalam ekosistemnya dan secara luaran bagi memberikan pandangan utama kepada komuniti pertanian.
FarmByte juga memanfaatkan keupayaan ML Amazon Forecast bagi membantu petani menganggarkan masa utama rantaian bekalan dengan lebih baik, yang akan meningkatkan jadual penghantaran selain mengoptimumkan harga tanaman bagi pengurusan kos yang cekap.
Syarikat itu juga juga menggunakan membuat analisis bagi menilai tanaman seperti nanas menggunakan keupayaan AI/ML yang dijalankan di Amazon SageMaker.
FarmByte juga sedang meneroka pembangunan aplikasi yang menggunakan pembelajaran mesin bagi menyediakan rangkaian petani FarmByte dengan cerapan strategi harga optimum dan ramalan permintaan.
Dengan menganalisis arah aliran pasaran, penawaran dan permintaan, serta data penentuan harga sejarah, aplikasi itu membantu petani membuat keputusan mengenai tanaman yang hendak ditanam dan cara menetapkan harga hasil bagi memaksimumkan keuntungan serta mengurangkan risiko berkaitan.
Ketua Digital FarmByte, Mohd Fakhri Mohd Noor berkata, visi pihaknya untuk merevolusikan sektor agromakanan Malaysia dan meluaskan penggunaan internet kebendaan (IoT) dalam meningkatkan keselamatan makanan negara dan meperkasakan petani dengan pengetahuan, peralatan dan teknologi cerapan masa nyata bagi menghasilkan tanaman lebih berkualiti.
"Dengan menggunakan penyelesaian bertaraf dunia AWS, FarmByte boleh meningkatkan pembahagian data, keupayaan AI dan ML untuk memberikan analitik ramalan yang lebih maju dan pandangan yang diperibadikan melalui aplikasi, serta rumusan inovatif yang boleh mengubah amalan pertanian dan memastikan rantaian nilai agromakanan yang lebih mampan.
"Dengan ini, kami berbangga untuk menjadi antara yang pertama dalam industri di Malaysia yang menggunakan pendekatan digital pertama untuk menyediakan petani dengan aplikasi FarmByte yang komprehensif merangkumi permintaan tanaman, aliran bekalan, dan juga harga tanaman masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Jualan AWS Malaysia dan Brunei, Azhar Abdullah berkata, pertanian merupakan industri yang kaya dengan data serta pelbagai maklumat yang boleh memberi cerapan yang boleh membantu mengoptimumkan operasi bagi seluruh sistem makanan.
Beliau berkata, ia juga mempunyai sistem yang boleh bertindak balas dalam masa nyata bagi memenuhi permintaan dan keadaan yang berubah-ubah di keseluruhan rantaian bekalan pertanian.
"Memandangkan industri pertanian menyesuaikan diri dengan permintaan yang semakin meningkat untuk inovasi, ia memberi inspirasi untuk melihat bagaimana transformasi digital FarmByte memartabatkan sektor pertanian dengan menyampaikan rumusan data transformatif yang memperkasakan petani dalam membuat keputusan bagi mengoptimumkan keadaan tanaman serta meningkatkan hasil, sementara menjadikan operasi FarmBytes lebih cekap," katanya.
Selain menyediakan petani dengan pandangan pertanian dan penetapan harga yang komprehensif, aplikasi FarmByte mendigitalkan dan mempercepatkan proses pembayaran dan membolehkan mereka melalui keseluruhan proses secara digital.
Bagi melengkapkan aplikasi FarmByte ialah pasaran dalam talian FarmByte daripada pernigaan-ke-perniagaan (B2B) yang mempamerkan katalog produk petani dan membolehkan pembeli melihat dan membeli rangkaian produk yang tersedia.
Pasaran B2B itu akan dilancarkan sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun ini.